09 December 2008

05 August 2008

Kelas Asas Fotografi Digital pada 2 & 3 Ogos 2008 di fototeacher.com

Tahniah kepada peserta kursus AFD yang telah berjaya menamatkan kursus dengan jayanya di fototeacher.com pada 2 & 3 Ogos 2008. Memang anda semua punya bakat tersendiri dalam dunia fotografi dan saya amat berharap suatu hari nanti anda akan dapat memenuhi cita-cita masing-masing dalam dunia seni fotografi.
Peserta sedang asyik mendengar penerangan daripada jurulatih.
Dewan kuliah baru di fototeacher yang selesa dan luas beserta dengan kemudahan mengajar yang lengkap.
Penerangan 'One to One' untuk pembelajaran yang lebih cepat dan tepat.

Penuh tekun menimba ilmu.
Saudara Aminorazmi turut membantu.

Saya pandai cikgu....... :)

Mari kita tengok siapa punya yang cantik.

Saya la yang paling best.......... :) Bagan dapat hadiah kerana dapat jawab soalan bonus.

Peserta kursus sedang tekun menjawab soalan.

Aji : "Hmmm susah juga soalan ni..."

Dean : "Apo la yang aku nak jawab nih isk isk". Dean & Ajib

Man : "ISO 100 speed 60 f 8 kalau nak tambah lagi 3 stop berapa ek?"

Bagan : "Nang Bo Ti Nang Kuew Bo Ti Kuew........Haiyaaaa manyak pusing lo ini soalan".

Lie : "Kang tak jawab tak dapet sijil nih".

Masa untuk 'Cheese'.

23 July 2008

Gambar-gambar semasa 'Bengkel Portable Flash' 28-29 June 2008














Gambar-gambar yang sempat dirakam semasa kursus 'Bengkel Portable Flash' di fototeacher.com yang saya kendalikan pada 28-29 June 2008.
Saya sekali lagi akan mengendalikan kelas 'Asas Fotografi Digital' dengan kerjasama fototeacher.com bertempat di pejabat fototeacher.com. Terima kasih diucapkan kepada saudara Hasnuddin tuan punya fototeacher.com kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan kelas 'Asas Fotografi Digital' yang akan diadakan pada 2 hingga 3 Ogos 2008. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di www.fototeacher.com



Nota: Semua gambar-gambar ini diambil daripada www.fototeacher.com

01 July 2008

Lagi 'thumbs up' untuk peserta kursus di fototeacher.com



Tahniah kepada bakal-bakal jurufoto professional yang telah menamatkan kursus "Bengkel Portable Flash" dengan jayanya bersama saya di fototeacher.com pada 28-29 June 2008.
Semoga saudara sekelian menjadi seorang jurufoto yang disegani suatu hari nanti. :)
Sekiranya ada gambar-gambar yang menarik semasa kelas berlangsung tolong e-mailkan saya, terutama sekali yang panjat pagar semasa mengambil gambar model dan yang menang jaket pada hari terakhir kursus.
Semoga anda berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.

16 June 2008

'Thumbs Up' untuk peserta kursus 'Asas Fotografi Digital' @ fototeacher.com



Tahniah kepada peserta kelas Asas Fotografi Digital sesi 14-15 Jun 2008 yang telah diadakan di fototeacher.com kerana telah berjaya menamatkan kursus selama 2 hari dengan jayanya. Semoga suatu hari nanti anda semua akan menjadi seorang Jurufoto Professional yang berjaya dan terkenal. Selamat berjaya.


nota: Sememangnya anda semua ada gaya pro :)

20 December 2006

Salam Perkenalan

Salam sejahtera,

Selamat datang ke Kaha Photography blogspot, anda dijemput untuk memberi pandangan atau kritikan mengenai gambar-gambar yang disiarkan disini. Setiap pandangan atau kritikan biarlah yang membina dan tidak menyentuh sensitiviti bangsa dan agama lain. Anda juga dilarang memuat turun gambar-gambar disini, kerana ianya adalah hak milik organisasi dan individu tertentu.

Terima kasih.

kaha photography